PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, December 31, 2012

2013

Assalamualaikum !

Sebenarnya dari dulu aku ada azam , tapi sebab kan aku dah bosan dengan azam separuh jalan , aku berjanji aku tanak ada azam lagi . Aku buang azam , cuma aku gantikan dengan Harapan . Aku harap 2013 lebih baik dan lebih bermakna dari 2012 . 

Setiap tahun mesti nak kene ada azam . Kemon la . Kalau tak try baiki diri , tak try tingkatkan prestasi . Tak try nak berubah menjadi lebih baik .So azam korang yang 1 baldi tu boleh buang tepi . 

K babai 2012 . Boleh blah cepat sikit .

Wednesday, December 26, 2012

Hari Rabu Yang Suck

Pertama , Hari ini hari rabu . Yang begitu ketara suck nye . Kalau boleh aku nak share benda yang suck dekat office dekat Buletin Utama Tv3 atau Kiah propa boleh datang terus office aku buat liputan . Client tayah cakap lah , banyak dia macam chiken pop . 

Kedua yang suck nye . Gua hampir nak langgar anak orang . Yer anak orang . Fuhhh Berderau peluh kewanitaan . Terus aku turun kereta , aku tumbuk budak tu . Berdarah hidung . Pastu aku blah . Kalau aku langgar mak ayam ( Anak didik lorong chowkit ) ke apa ke , aku tak kesah sangat . Baik mati terus . 


P/S : Siapa baca part aku tumbuk anak orang tu , korang angguk percaya je la . blah dulu . 



Monday, December 24, 2012

CUBA

Malam ini , kaki tangan aku sejuk . Mengigil . Mungkin faktor ketulangan yang membiak aktif . Ah , selagi boleh tahan , kau gagah .

Terlalu berat memori yang aku bawa 2 hari lepas. Sampaikan buat kepala aku ingin pecah . Hampir goyang sekali lagi . Syukur . Tidak jadi rebah .

Seronok . Malam sabtu aku janji tanak tidur . sebab aku mahu lihat bulan. aku mahu dengar ombak . aku mahu dengar angin . semua benda aku mahu . Tamak .

Mungkin kali ini kurang ketawa , Tetapi aku cuba . Supaya aku dapat menyakinkan kawan-kawan yang aku sedang gembira . 

Saat aku cuba ketawa gah , air mata Cuba menakung . 

Ahhh aku tak boleh gelak lama-lama . Nanti air mata nak keluar * itu semua alasan .

Aku mahu korang tahu , aku cuba gembira . Cuba walaupun pedih .

Kadang-kadang aku berfikir , aku boleh mati dengan satu benda . Kecewa .

Tapi aku tidak mahu kecewa lebih mendahului Yang Maha mencipta . 

Aku masih kenal diri . Masih kenal Tuhan ( Allah SWT ) .


Saya jatuh cinta dengan sesuatu tempat , kalau ada rezeki mohon aku duduk di situ :)


Selamat malam .

Tuesday, December 18, 2012

Kadang

Kadang-kadang orang yang berkerja sebagai tukang sapu , kontraktor dan mana mana kerja yang mungkin orang bijak atau orang tinggi pandang sebagai orang " Tidak belajar pandai " Lebih bagus dari kau orang yang punya segulung ijazah .

Sorry to say , kau bodoh dalam bab menghormat dan memandang orang lain yang mungkin makan gaji kau . tapi kau perlu ingat orang orang ini yang bantu memajukan negara . Tak ada mereka , tak ada la kau yang bodoh . Mungkin di antara  mereka ibu bapa kau .

Kalau kau rasa syurga itu bukan milik kau , Hentikan kuasa sombong kau sebagai manusia yang lupa .


Tulisan ikut suka mati , 
Miza .

Monday, December 17, 2012

Selamat

Assalamualaikum !

Hah ada pun batang hidung kau . Heheh , sorry . Lately gua ta rasa nak update apa apa . Apatah lagi nak merepek . Paswd Blog pun gua lupe . Gua lebih teruk dari nenek gua yang sedang nyanyuk kat kampung tu .

Dekat sini aku nak cakap Tahniah dekat kawan sebaik sebulu sekaki sekera selembab aku . Sebenarnya aku nak wish dekat sorang je , memandangkan aku ni bajet bajet busy . Bajet bajet artis . aku nak wish sekali gus utk member aku yang selamat jadi Bini orang & Laki orang . Ada 2 orang . Jeng jeng jeng . Bunyik gitar . * Gitar eh bunyik macam tu ? 


Tu dia aih ! saja je muke aku nak selit selit sikit . muaaahahah . * pengapit ok . Mcm snow white ! haha




Okey ini dia . Alim & shekin ;D phewiiit mcm mawi ah kau nie lim . haha 


Act ni je la kot . Banyak lagi , tapi aku malas . yang mana dekat and aku hadir je la aku post eh . heheh ..

Bye ! 

Thursday, September 27, 2012

Jangan jadi jakun



Jangan jadi jakun dengan dunia . Sekarang boleh kau melompat terkinja kinja . Terpekik satu dunia . Ludah perkataan anjing , babi , bodoh . Slumber ! Kau koyakkan dari kotak suara . 

Aku makan garam .
Aku tahu . aku nasihat , kau kata kolot . Ah bodoh kau ni kak . Tak open langsung . 


Aku penah umur belasan tahun . Aku dah puas tengok kawan kawan aku sesat . jatuh . Aku bosan  . Aku benci dunia belasan tahun .

Sekarang boleh kau sayang kawan kawan semencarut kau . kau boleh bela dia sekarang . Sebab dia punya duit , dia punya kelebihan . Ya la , kau boleh ikut senang bukan . 

Bosan . aku penah lepak sampai tengah malam nak masuk subuh  . Habis subuh baru balik Asrama . Terus aku cakap , ah bodoh buang masa lepak mamak . Mengantuk ! Kelas tak pegi , asgmnt tak siap . Dah mcm tak ada rumah . Kalau mak aku tengok , menangis air mata darah nie . Itu  Umur belasan tahun aku dulu .

Sumpah aku benci zaman belasan tahun . Aku tak nampak apa yang best , cuma apa boleh aku cakap syaitan masa umur belasan tahun ni memang berkeje keras lah nak best frend dengan kau . Siyes . 


Hey budak . 
kalau rasa belanja awek , kawan , gf or bf pakai duit mak lagi , lebih baik kau duduk rumah . Cermin diri . 

* Apa aku lihat , aku dengar , aku simpan . Cukup bosan .

Regards ,
Mija 

Sunday, August 26, 2012

Bahu

Bahu aku untuk mak , abang , akak dan adik .

Andai bahu aku tiada lagi untuk satu masa nanti ,

Aku berharap dan berdoa akan wujud bahu bahu yang ikhlas .



Andai bahu bahu aku yang mampu menanggung segala kepayahan ,

Aku rela mak , akak , abang & adik pergi dahulu sebelum aku ,

Kerana , bahu aku ingin bertugas hingga akhir nafas .




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...