Wednesday, May 2, 2012

Genap 2 tahun

Dalam sedar tak sedar , dah 2 tahun Arwah abah pergi . Dan dalam tempoh 2 tahun jugak , aku belajar hidup berdikari . Alhamdulillah . Walaupun tak kaya raya macam anak menteri , tapi rezeki sentiasa ada dan tak pernah putus . Syukur sangat . 


Eh , tempoh 2 tahun nie aku berkeje sendiri ?  Biar betul ! Miza kan budak yang paling malas untuk keje . Miza  paling selekeh kalau bab keje . Dia suke tadah tangan je before nie . Tak habis-habis " Abah . duit .. duit nak bayar nie . Bayar tu . Beli ni beli tu " <-- ni La aku dulu ! Tadah tangan ! 


First gua keje dulu lepas abah pergi , rasa down gile ! Hari-hari aku melalak . Pada awalnya tanak aku keje . Nak belajar sampai tua . Mase tu aku ingat , nk paw la duit mak . Bile pk balik , aku dah besar . Untuk ape aku mintak duit mak ? Untuk apa mak sekolahkan aku tinggi tinggi tapi mintak duit mak lagi ? 


Gua try . gua try keje lagi dengan lebih gigih ! Walaupun gaji gua mula-mula keje dulu sikit . Baper ratus sen je , mak gua la tetap banyak bagi sokongan . Mak gua cakap " Ini pertama kali mak tengok anak mak hidup berdikari ". Hokoloh ! mase tu bangge kejap la . keh keh . Macam macam keje aku try ! 


Memang pun . bile pikir balik , dari kecik aku tak penah hidup susah . walaupun tak kaya . Tapi aku rasa hidup mewah . Makan terlebih cukup . Duit belanja sekolah tak penah kurang . Kalau kurang pun , sebab abah kat luar kawasan ( biase la , bank tak ade )


Lama-lama aku faham , aku faham apa itu cari rezeki . Abah ! Eja dah faham and tahu macam mana hidup cari duit sendiri :) If abah masih ada lagi , mesti arwah abah bangga dengan eja . Eja dah ada lesen abah ! Keh keh . lesen kereta . Abah tak pernah izinkan anak perempuan ambil lesen motor . Alhamdulillah eja tak ambil . Macam biasa la . Eja tak reti bawak motor ! KEH KEH KEH . And and , eja dah ada kereta sendiri bah ! Hasil hidup berdikari dalam tempoh dua tahun . 


Thanks abah :) Rindu abah tahap sebak sebak malam nie ;D

Friday, March 30, 2012

Semua dah berubah :(

"Aci ke belum "

Haha . pernah dengar ayat nie tak ? Ini la ayat masa zaman 90an , atau zaman pop ye ye kite dulu . Zaman ni la , zaman kemuncak segala permainan tradisional . Ni namenye game nyorok-nyorok . Kau kira 1 sampai 10 , mata tutup sambil menjerit . " Dah ke belum " . Perghhh . Mase ni semua kelam kabut nak menyorok . kalau boleh , bawah kereta pun dia nak masuk . cool !

" lat ta li lat tali tamplom"

Yang ni mesti penah dengar kan ? Ala game main gerak2 kan tangan sambil letak kedua tapak tangan sambil diikut serta dengan kawan-kawan yang lain . pergerakan berirama la senang cite . Hah mase ni semua kelam kabut nak sama kan tangan . Kalau ta puas hati , mesti keluar kan ayat nie " Ala , mane aci "  HAHA ! aku sekeh jugak kang . dah kalah tu kalah je la .

Dua ayat nie , aku dah tak dengar dah pada zaman serba moden nie . Yang aku dengar dari mulut budak-budak serkarang " Eh aku dah add kau kat facebook , kejap lagi kau accpt aku tau " nanti kita main dota ! Hahah . 

Budak budak sekrang sibuk mengamuk nak Fixie la ape la . Zaman kita dulu bising nak main "kasut roda" . siapa ada kasut roda tu kire kaya la tu !

Sayang gila . Budak-budak sekarang terlebih matang , sebab tu semua benda dieorg tahu . Dari yang belum khawiin sampai bab khawin , tanye la budak-budak sekarang . Dieorg ni belajar subjek sains bab sperma terlebih dahulu tahu tak . Gila cool .

Memang nampak cool bila dieorang ni tahu semua benda , tapi rasa malu ! nampak sangat benda-benda ni semua , kita ambil mudah . 

Sayang gila ! dieorg tak rasa zaman pop ye yey kite dulu nie . Kalau dieorag lalui zaman ni , pasti akan tinggalkan kenangan manis bila dia dewasa . 

Orang zaman skg kecik-kecik lagi dah lari ikut kekasih , zaman kita dulu ? Pegi kedai senyap senyap pun dah kene tibai dengan tali pinggang . Berbirat kaki ! seminggu jalan mengesot <--- ni citer contoh !

Nak pendekkan cerita aku pada malam nie , "zaman kita dan zaman sekarang semua dah berubah". itu je aku nak sampaikan . sebab aku tenga bosan . ok bye ! 

p/s : Zaman pop ye yeh jugak , zaman kebanggaan aku . 

Tuesday, March 20, 2012

Insya Allah

Walau berat , kau cuba . 
Walau penat , kau usaha 
Walau sakit , kau sabar .
Walau lambat , kau setia .


#Kadang-kadang Allah swt turunkan hujan , sebab Allah swt nak hadiahkan pelangi :)


Aid ! Saya tahu awak boleh lawan ! sabar eh :) Sikit je lagi . saya cuba jadi penyokong/peminat/kekasih Tetap awak di tengah padang akan datang :) Insya allah awak boleh beraksi macam dulu . Saya akan doakan awak cepat sembuh :) semua orang tengah tunggu awak tengah padang nie ! Get well soon gemok ! Awk mampu beraksi macam dulu . INSYA ALLAH :)




* SEMANGAT HARIMAU ;D

Tuesday, March 6, 2012

Kucing

Kehadapan kucing-kucing sedunia .


Andai kau boleh membaca , aku sebagai manusia ingin menasihati kalian , supaya jaga diri kalian . Agar tidak di langgar d tengah jalan atau pun di tepi jalan . Mohon jaga diri anda ! Kalau aku ada kuasa magic macam doremon , akan aku bina sebuah istana yang di penuhi ikan dan haruman ikan bawal , pasti akan ku sumbat kalian dalam sana . Biar aman . Biar tenang . Biar tak ada sekor kena langgar dengan manusia yang kejam . Tidak di seksa oleh manusia yang bertopeng'n haiwan . :( 


Tapi ... aku tak mampu ! 
Aku doa'n semua kucing di dunia ini di lindungi . Amin !


p/s : Ape da ni . Kau ingat kucing reti bace ! 

Thursday, March 1, 2012

Teremo ;D


Baru lepas buang air mata dalam mata . Banyak sangat bertakung ! Huh !

Aku ingat'n pakai baju biru boleh mendatangkan mood yang baik hari ini . Rupanya silap . Hari ini hari emosi. elok la dinding pun warna merah . Memang kuasa  pelik mengusai aku hari ini . Mungkin salah dinding ? Atau salah client ? Atau salah orang yang tak faham bahasa ?


Memang kerja aku adalah kerja . Kalau tak , buat ape aku datang office pegi keje ? Sebenarnye apa yang aku nak sampaikan ni ? Entah ! aku sendiri ta dapat kenal pasti .


Sebenarnye hari ni emsoi macam tak berapa nak gud sangat la . Rase macam nak bagi penampar dekat sorang-sorang . tapi paling penting , hari ni aku berjaya menjadi seorang yang sangat serius dan gerun . Al maklum la , before ni mane penah aku jadi seorang yang serius . Asal nak serius semua nak bahan . Tapi kali ni tayah berpura-pura . Memang menjadi !




Mood : Aku nak jadi suri rumah la nanti . Muahahahaha !
p/s : Tak ada kerja yang mudah la miza . Cuci berak budak 8 bulan pun berpeluh tahu !

Tuesday, February 21, 2012

Sebuah enteri kosong .

Aku lebih rela kecewa dari mengecewakan .
Tapi . Aku manusia biasa .
Aku tak dapat lari dari segala benda .


Aku langkah , kerana aku takut .
Aku diam , kerana aku pengecut .
Kerana aku tetap manusia biasa .


Jika usaha mampu kau kejar .
Hasilnya pasti ada .
Jika kau berhenti . Maka mati lah cerita kita .


Jika ada sebuah lagi cerita . 
Mungkin ada , happy ending di sebaliknya . 
Jika sebuah cerita tamatkan segala benda ,
Maka itu lah takdir yang di tentukanNYA .




* Aku tidak layak untuk d bangga'n . aku tidak layak untuk di puja . Kerana aku manusia bodoh , yang selalu melakukan kesilapan .

Thursday, February 16, 2012

Paksa diri

Aku paksa diri untuk pakai tudung . 
Aku paksa diri cuba solat 5 waktu sehari .
Aku paksa diri jangan bangga diri .
Aku paksa diri jangan cuba lari .


Aku paksa diri baca buku 
Aku paksa diri cari ilmu .
Aku paksa diri cari yang Satu .
Aku paksa diri hargai waktu .

Paksa lah dirimu , supaya kau tidak terpesong . Paksa lah diri selagi kau mampu . Paksa lah dirimu selagi nyawa masih tegak berdiri . bila kau cuba dan terus cuba , kau lawan segala hasutan . Maka kau sendiri akan rasa kebahagiaan . Segala benda yang kau rasa terpaksa kau akan rasa kenikmatan . Percaya la . Aku mampu , so kau pun mampu kan ? Benda easy jangan buat susah . So ? Tak jadi masalah untuk kita menutup aurat dan laksanakan solat 5 waktu sehari .


p/s : Bila bosan , aku bicarakan sesuatu benda yang patut di hembuskan . Sekian .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...