Monday, December 24, 2012

CUBA

Malam ini , kaki tangan aku sejuk . Mengigil . Mungkin faktor ketulangan yang membiak aktif . Ah , selagi boleh tahan , kau gagah .

Terlalu berat memori yang aku bawa 2 hari lepas. Sampaikan buat kepala aku ingin pecah . Hampir goyang sekali lagi . Syukur . Tidak jadi rebah .

Seronok . Malam sabtu aku janji tanak tidur . sebab aku mahu lihat bulan. aku mahu dengar ombak . aku mahu dengar angin . semua benda aku mahu . Tamak .

Mungkin kali ini kurang ketawa , Tetapi aku cuba . Supaya aku dapat menyakinkan kawan-kawan yang aku sedang gembira . 

Saat aku cuba ketawa gah , air mata Cuba menakung . 

Ahhh aku tak boleh gelak lama-lama . Nanti air mata nak keluar * itu semua alasan .

Aku mahu korang tahu , aku cuba gembira . Cuba walaupun pedih .

Kadang-kadang aku berfikir , aku boleh mati dengan satu benda . Kecewa .

Tapi aku tidak mahu kecewa lebih mendahului Yang Maha mencipta . 

Aku masih kenal diri . Masih kenal Tuhan ( Allah SWT ) .


Saya jatuh cinta dengan sesuatu tempat , kalau ada rezeki mohon aku duduk di situ :)


Selamat malam .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...