PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday, December 22, 2011

Sometimes



Kadang-kadang aku ego . Bukan sebab aku terlalu poyo . Cuma aku terlalu nak jaga hati sendiri daripada jaga hati orang . Sebab aku dah terlalu penat and penat nak mengaja perasaan orang .

Da most important , hati aku cepat gila tersentuh tersentap terpedih even da small thing . Entah , i cannot control ma feelings skg nie . Nak marah , aku marah . Nak sedih aku pandai pulak diam . Entah entah . tamparan Hebat jugak aku dapat ni . 

Act what is happens now aku akan jadi kan ianya pengalaman supaya belajar mengenali .



* High comprehension

Saturday, December 17, 2011

Makan Hati

Dulu ta pernah ungkit . Kini , semua nak pekik-pekik .

Salah diri di tunding jari , Bila hati dah luka berduri .

Siapa nak ubati ?


Air mata dah comfirm pembalut luka .

Nanah , berdarah dapat la cover .

Tapi pedih ? siapa yang rasa ?


Belajar tinggi , Agama cukup .

Tapi sayang .  kau mudah lupa .

Siapa Tiang yang bantu berdiri ?

Kalau bukan Tuan badan yang kau sakiti .


Janji manis , konon jasa .

Tak sampai setahun , Dia merana .

Apa benda kau nak cerita ?

Itu semua hak keluarga .


Dia menumpang , harta tok dia .

Yang kesah ? kau yang tak ada kene mengena . 

Jangan sampai , sumpah serana .

Sebab kita satu agama .


Malas nak cakap , bodoh pandai .

Ada otak , sendiri guna .

Dah tua , ingat la agama .

Jangan Bila  mati .


Mata terbuka , Mulut ternganga .


* Ini kot cara untuk aku lepas marah orang yang aku percaya  .  sebab mak aku ta ajar aku untuk melawan .

No One will Understand .

Mati kan aku sahaja dalam Tidur . Supaya aku tak rasa beban . 


Happy mungkin boleh nampak , cuma kadang ianya Plastic . 

Thursday, December 15, 2011

Aku dah pulangkan Jeri kepada Allah swt .

Sebak , bila lihat jeri mati di persimpangan jalan . Aku segera perlahankan kereta dan menyuluh dengan lampu tinggi . Adakah itu jeri ? Aku memang ta caya ! aku balik rumah and check betul-betul samaada jeri ada kat rumah atau tidak . Ternyata kucing yang berlumuruan darah di simpang jalan sana adalah jeri . Yer jeri .


Segera aku berjalan dalam kegelapan malam , walaupun aku sedar yang aku memang seorang yang pengecut . Berjalan sambil mata aku ni basah dengan air mata yang entah tiba-tiba nak keluar . Aku seorang yang sangat gerun kan darah , tapi bila lihat jeri terkulai di atas jalan , perasaan fobia aku tu , aku buang kejap . Aku segera dukung Jeri . Sambil berbisik " Jeri , maafkan Kakak . Kakak gagal jaga jeri  " 


Saat aku tunjukkan jeri pada mak , mak pun mengeluarkan Arahan " Esok buang kucing lagi sekor dan ibu kucing " . Mak tak sanggup tengok lagi , kucing semua mati .


Aku macam nak pitam , sebab aku sayang gila dekat jeri . Masa Hitam mati aku janji dengan Jeri , aku akan jaga dia . Aku taknak jeri di timpa nasib yang sama . Tapi Allah lebih sayangkan Jeri .


Aku korek tanah untuk jeri , Untuk jeri tidur selamanya . Jeri , i'm so sorry . Sorry again . Aku gagal jaga kau dengan baik . Tapi aku cuba . Jeri , aku sayang sangat dekat kau . Allah pinjamkan kau sekejap sangat . Sangat sekejap . Aku rindu sangat dekat kau jeri . Baru petang tadi kita main tomoi-tomoi . Baru petang tadi aku cium kau erat-erat . Tak sangka ini yang terakhir . 


Biarlah orang nak cakap " mati kucing macam mati laki " Sokey . Binatang macam Manusia jugak . Yang beza dia binatang , aku manusia . Tapi kehidupan kita sama . Kita sama-sama ingin kan kasih sayang . Sorry Jeri .  Thanks allah , walau sekejap aku happy sangat . Bila pagi , aku bukak mata mesti cari Jeri and abu .  Esok pagi aku bangun , yang ada abu sendiri . abu dah tak ada geng bertomoi lagi . 


#Sebak dada aku malam ni . rasa sakit macam kena hiris .


Jeri , kita jumpa lagi yeh nanti .


14.12.2011 | Miss You Jeri :(

Monday, December 12, 2011

Ombak Rindu Buat Aku Mengantuk Sampai Masuk ICU .

 Ahhh . dah start mengada dah ! Orang update pasal ombak rindu , kau pun sibuk jugak . Ni kes kau da tak ada keje la kan ? Itu yg masa kau free sangat mengadap blog nie kan <--- Berbisik untuk diri sendiri . 


Cover ombak rindu

Ok aku tengok citer ni kat MBO , da new Mbo Cineplax is located at da nation's first eco-friendly Mall , space u8 , shah alam ( setengah jam dari selayang ke  sini ) well tempat baru kan , so aku sanggup pergi jauh sebab 2 perkara . pertama sekali sebab parking free and kedua kat sini ta ramai orang lagi . kau nak beli tiket wayang lagi 5 saat movie nak start pun tade hal la bro . Aku sanggup pergi kat sini daripada aku pergi dekat Klcc , Mid valley , Ou or the curve . Walhal tempat-tempat puaka ni lagi dekat dari rumah aku . Aku memang suka membazir tang duit minyak . haha ! Seperti kita sedia maklum kan , aku act ta suke pergi tempat serabut . Lepas ni aku comfirm Mbo ni sesak dengan anak-anak muda . Lepas ni jangan harap aku nak datang sini lagi , comfirm lepas ni orang dah ramai tau kewujudan tempat ni . Perghh , ayat nak tamak kau nie ! Kalau wayang kat hutan Amazon sekali pun , aku sanggup pergi la daripada aku mengadap orang sesak-sesak ni . Pui la kau ni miza . Cerita nak propa je keje malam-malam nie .

Ok , Berapa Bintang aku nak kasi kat cerita nie ? Ok dari 5 bintang aku boleh bagi 2 bintang je kot . But why Miza ? Kau gila ! cerita ni bapak best ah . Kau boleh kasik 2 bintang ? Ape ke kau ni dah buta seni agaknye . Ye memang ! Sebab cerita ni gagal mengalirkan Air mata gadis aku nie . Aku tunggu jugak part mane yang boleh aku nangis sampai boleh sesak nafas , Atau paling koman pun air mata aku jatuh setitik dua . Kenapa aku tak nangis nie ? Perasaan kau dah mati eh miza ? Salah salah ! sebab pertama aku ta menangis mungkin sebab  cerita ni ta mampu buat aku menangis . Eh eh , sama je la pun . Entah . hem , not bad la cerita ni . Ade part sedih jugak , cop sedih pun aku ta menangis ok . Ade jugak kisah-kisah atas tilam . Entah kenapa aku macam geli , aku pejam kan mata . Gile ta sanggup aku tengok ! Sape yang datang dengan couple tu suke lettew . keh keh . lagi pun aku memang suka tengok wayang dgn kawan-kawan . lebih best and tayah kau nak control ayu .

#Jahanam la kau masuk wayang tengok cerita macam nie <--- ini ayat mak aku , so aku nak kasi 10 bintang dekat mak aku .

Friday, December 9, 2011

Aku Suka Seni Dia


Buku kau jiwa dalam nyawa . Penulisan kau satu dalam juta .


Aliterasi kau halus .
Retoris kau hebat .
Responsi kau bagus .

Ah .. telalu banyak yang menarik .
Baca dulu baru tahu . 
 Ada dimensi yang aku suka . 
dan aku jatuh cinta . All about " Bogel Menuju Tuhan "





#Selamat pengantin baru Zahiril and shera

Thursday, December 8, 2011

Terima kasih

Ini kisah Hitam Yang bertuankan seorang Gadis 22 tahun yang sangat Cuai .

Malam tadi aku lupa . Aku gagal . Aku sombong . 
Sombong Nak check betul-betul apa bawah tayar kereta .
Bak kata mak aku , Sebelum nak reverse kereta . CHECK !
Walaupun ada seekor tikus , Kau patut Halau .

Tapi aku Sombong . Aku lupa .
Nyawa-nyawa ikan si hitam bila dia berada dalam dakapan aku .
Mulut dia terbuka . Mata memandang sayu .
Seakan dia nak bagitahu sesuatu .

Menitik satu persatu air mata aku ke badan Si hitam .
Badan hitam menggeletar .
Telinga Hitam sejuk .
Terduduk aku di depan gate .
Dengan Harapan Hitam mampu melompat ceria .

Sedikit demi sedikit nafas hitam berbunyik .
Aku pasti , nyawanya sedang di cabut .
Maaf kan kakak Hitam . Kakak sombong .
Kakak akur . Kakak leka .

Hitam lembik . Hitam tak berbunyik lagi .
Aku letak hitam di tepi .
Biarkan Ibu hitam menjilat tubuh anaknya untuk terakhir kali .
Aku janji , Pulang dari destinansi .
Akan aku gali tempatmu .

Dan kini , Hitam dah pergi .
Hitam dah tak ada lagi ..
Hakikat yang aku kena cari , 
Dia bukan milik aku lagi .

Bersyukur sebab Allah swt memberi pinjam hitam dan untuk di jaga . Dah tiba masanya Allah mengambil semula barang yang telah DIA pinjamkan . Aku lupa bahawa Hitam itu bukan Milik aku . Thanks . Walaupun sekejap , aku bahagia . 

Walaupun hanya seekor kucing , tapi sayangnya aku dekat hitam sama seperti aku sayang keluarga aku . Dia sebahagian keluarga aku . Yer . Ingat lah , Kucing yang kita jaga , kita bagi makan .. dia lah yang akan bantu kita di akhirat sana . Jadi berbuat baik lah pada Haiwan , Tambahan pula Nabi muhammad sangat mencintai kucing dan kita harus menghormati kucing , walaupun korang mengedik " Buat-buat takut kucing "

#Loveyouhitammetallic

Wednesday, December 7, 2011

Tidak ku pinta

Ini kisah Mohd Fazli . Seorang abang gua yang sangat macho . Dia nafas gua ! Dia nadi gua ! 


Abang aku pun nk macho gak ape . Keh keh ( ignore je adik aku yg mcm galah tu )

Aku ada seorang abang kandung , yang pada awalnya normal . Lincah bergerak , lincah untuk bertatih . Tapi itu semua sementara . Pada usia yang muda allah telah menarik segala nikmat yang abang prolehi . Demam panas berpanjangan punca urat-urat abang tidak seperti dulu , maka terbaring la ia terlantar kesakitan .

Dari situ , Allah sedang menguji hati seorang ibu . Mak mana yang tak sedih bila dapat tahu anak die akan membesar dengan cara tidak normal ? cuba bagi tahu aku ? Mak memerlukan masa untuk menerima semua hakikat ni . Tambahan pula mak memang mengharapkan anak sulung memberi warna kehidupan dalam rumah , memandangkan arwah abaH seorang yang sangat busy . Al maklum la , mak tak di benarkan berkeja . Duduk rumah je goyang kaki . So sweet la abah nie .

Mak mengambil masa yang tidak lama untuk menerima hakikat ini , mak kembali bangun dan mak kembali menerima hakikat bahawa apa yang allah beri ini adalah satu rahmat . Mak terus menganggap bahawa abang adalah hadiah istimewa yang ta boleh di cari ganti . Yes . Abang adalah penyeri :)

Even abang lumpuh , mak ta pernah mengeluh . Dan aku ta pernah dengar mak mengeluh . Dan alhamdulillah , rezeki ta pernah putus sehingga sekarang . Itu yang di kata kan Tuah anak .

Dan aku ta pernah nak malu dengan kawan-kawan aku , even dia ta macam orang lain tapi die lah selalu buat aku tersenyum . Bila aku kena pukul dengan mak mase kecik-kecik, aku akan menyorok dekat abang , so kesimpulanya mak ta jadi nak pukul . Betapa bijaknya aku mempergunakan abang Waktu tu .

Tapi itu cerita zaman kecik . And now umur dia dah pun 27 tahun , dan 27 tahun juga la mak menjaga abang dengan begitu baik dan rapi . Dalam adik beradik , aku and abang la paling akrab . Even die ta normal tapi dia faham apa yang berlaku di sekelilingnya . Dia pandai marah , die juga pandai sedih . Paling best die pandai tengok bola . Setiap kali bola , aku dan dia memang ta dapat di pisahkan depan Tv . Aku cuba hiburkan hati dia dengan cara itu . Aku tahu die seronok :)

Jersi !! Bila nak beli jersi aku kena beli 2 . Ta boleh beli satu . Aku tahu nanti die jeles . hehehe ! Bila naik kereta , aku suka die duduk depan . Sebab die ta suka duduk dekat Belakang . At lis aku boleh tengok dia .

And bagi aku, Abang aku adalah hadiah yang perlu aku jaga dengan sebaik mungkin . Kerana dia adalah hadiah penting yang allah swt berikan untuk kami sebelum allah swt mengambilnya semula . Dia yang selalu buat aku tersenyum bila aku menangis . Pandang je muke die , ta jadi nak nangis . <--- CAIR bai !


#So kesimpulannye aku takan jatuh cinta dengan mana-mana laki kalau dia ta mampu cintai keluarga aku . ok bai ! lalalaalal ;D

Thursday, December 1, 2011

Cik syazwani

Tahniah ! Lagi sekali sahabat gua bertunang . Alhamdulillah . sebab kau laku lagi dari aku . AHAHA ! ta sangka dan ta sangka . Kau selalu aja ada masalah cinta dulu . Dan akhirnya kau dah menemui cinta sejati kau. so aku harap la kan , menikah la cepat-cepat ;D tahun depan ta lama dah . Tinggal bape hari je lagi .  kawan menangis dah banyak jadi bini orang nie . lepas ni aku kene menangis sorang-sorang ah nie ? HAHA ! Aku akan sentiasa mendoakan perjalanan seorang sahabat . Tapi harus ingat . Dugaan menjadi tunang orang ni banyak . Tetapkan hati kau . Kuat kan iman . Apa yang berlaku itu ujian . selamat beramal ! Tahniah wawa B o d o ( Nama manja) . aku bahagia bila kau bahagia :) 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...