PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Saturday, July 28, 2012

PIKIR


Malam malam ini aku nak cakap sikit .


Tadi siang aku pikir sampai naik pening . Benda sama walau dah dekat setahun . kalau dulu , siapa kawan paling lama itu kawan baik . 


Ternyata aku salah . Rupanya .. yang senang jaga hati , itu kawan baik . Bukan soal lama . 


 Oh ya . yang senang jaga hati aku . Ramai pekat . Ramai ! Jadi kamu semua kawan baik . 


Soal kawan sudah lama , aku matikan dlm kotak pikiran . Mak cakap , benda lama jangan suka kau hegeh hegeh nak berangan jadikan sebuah lagi kisah .


Mak betul . aku pikir lagi , sampai esok .


Kalau nak bilang soal lama , dah lama kau menang .


Tapi kalau nak bilang soal jaga hati , sudah tentu kau kalah .


Aku betul kali ni . Jangan kau cari kawan yang kau pikir dia lama . Cari kawan yang boleh jaga hati .




Yang jaga hati itu kawan baik kau . kau tak salah . 




Regards ,
Nurhamiza 



Sunday, July 22, 2012

Berserah

Duit tidak menjamin kita masuk syurga .
Bah kan duit juga membuat kita tersesat , 
Tersesat jauh ....
Dari landasan hidup .

Tidak kah kau nampak semuanya ?
Yang kaya gah mempromosikan diri .
Yang kaya gah mempromosikan produk ,
Tanpa lihat jam di dinding ..

Waktu solat tidak lagi kau peduli ..
Waktu azan tidak lagi kau hormati ..
Bahkan , kau bangga dengan dosa yang hitam dan keji .

Tidak kah kau ingat perjanjian kau dengan DIA ..
Tidak kah kau sedar bahawa kita telah jauh ...
Jauh  lari meninggalkan DIA yang mencipta .

Ya allah , 
Engkau berikan dia pertunjuk .
Engkau berikan dia kesedaran ..
Hanya pada MU aku memohon , 

Bukakan pintu hatinya ..
Berikan hidayah kepada mereka yang jauh tersesat .

* Maafkan mereka yang menjahati diri kita . Kerana kita seorang hamba yang kerdil .

Kepada MU

Ku menatap dalam kelam 
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama MU YA ALLAH


Esok ataukah nanti 
Ampuni semua salah ku
Lindungi dari segala fitnah


Kau tempat ku meminta
kau beri ku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba MU yang selalu bertaqwa


Ampuni ku ya allah
Yang sering melupakan mu
Saat kau limpahkan karunia MU
Dalam sunyi aku bersujud .




* Menanti sebuah buku ..

Sunday, July 15, 2012

Hati

Jauh di lubuh hati , aku mudah tersentuh . mudah menangis .

Monday, July 9, 2012

Tikam depan belakang


Let's dance pop ye yeh ! jyeaaaah .

Ah , kalau tengok simbol ni pun dah ramai tahu kan ? ni simbol orang tengah menari pop ye yeh .  

Macam biasa , kes ni dah ramai yang penah alaminya kan ? aku dah biasa sangat . dekat office berlambak . aku tanak cakap siapa , cukup lah sekadar aku tahu . 

Cuma orang macam ni kita jangan layan sangat . kalau layan sangat boleh buat kita tambah dosa . Tambah tambah lagi sikap macam ni boleh buat orang benci dekat kita .

kadang kadang jangan nak layan sangat dengan apa yang di ceritakan . Kau angguk , kau belah . buat muka malas tenuk . lagi bagus .

Biar lah dia nak cakap kau kerek badak sumbu ke apa kan . janji kau tak terjebak dengan kata kata dia . kadang kadang dia just nak pancing je lebih . dia nak tengok , kau nak sambung mengata orang ke tidak .

Biarlah keburukkan seseorang tu kau simpan dalam jiwa raga kau je . biar lah benda tu busuk macam mana pun , just simpan . Kalau nak cakap dekat umum pun buat apa ? untuk ? memburukkan orang ? hey kemon la . kita ni tidak sewangi syurga .

So kesimpulan dekat sini , biar lah orang cakap " eh kau ni . tak tahu perkembangan terkini langsung " . janji kau ta buat dosa . dosa mengumpat ni besar sangat . selagi kau tak minta ampun dekat dia , sampai mati pun kita tetap berdosa dengan dia . 

so tutup telinga  dan buat keje masing masing .


shhhhhh . jangan nak menyimbuk sangat . 

Cerita pendek yang usang . selamat malam !

Sunday, July 8, 2012

Lari jauhkan diri !

Baru baru ni aku membawa diri ke negeri orang . Terengganu adalah destinasi ku # gila menyampah dengan ayat aku ni . Mem B'M sungguh . tayah nak skema sangat . Selepas penat lelah aku berkerja and ada duit poket sendiri , aku boleh terbang jauh . ke mana aja aku nak pergi . Izinkan aku pergi lagi kat sini . kali ni nak pegi pulau perhentian pulak . Boleh macam tu ? tapi nak mintak korang belanja . keh keh keh ! lepas ni ada lagi boleh pulak aku pegi mekah ke . itu destinasi aku . Tak heran la aku dekat korea / jepun / australia tu semua . ngeh ngeh ! 




Ini aku panggil kopok lekor ;D agak jakun la sb ta penah makan dekat terengganu punye . KAH KAH 


Tuhan tolong lembut kan hati aku ~ Gila jiwang pondan aku dekat tepi pantai nie ! menyampah .

Percutian ini bersama sakura putih / Fatiha . gambar die tade ! die cakap die tanak market . phuiiii .


SEKIAN SAHAJA CERITA USANG YANG PENDEK !
GUD BYE ..

Sunday, July 1, 2012

Mimpi

Dengan berbaju kurung berwarna putih aku melangkah masuk ke kawasan tanah perkuburan . Di mana Abah di kebumikan . Puas aku mencari , nama abah di batu nisan . Tapi tidak aku temui . Pelik . Sedangkan abah di kebumikan di sini . Kenapa boleh hilang ? aku menangis teresak-esak . 


* Lalu aku tersedar dari tidur . Ya allah . Mimpi apakah nie ? Terus aku bangun . Ambil wudhuk dan terus menunaikan solat subuh . 




Sekian sahaja cerita pendek aku .


Mungkin aku terlalu rindu dekat abah . Niat nak pegi kubur abah bersihkan pusara abah sebelum menjelang bulan ramadhan :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...