Monday, July 9, 2012

Tikam depan belakang


Let's dance pop ye yeh ! jyeaaaah .

Ah , kalau tengok simbol ni pun dah ramai tahu kan ? ni simbol orang tengah menari pop ye yeh .  

Macam biasa , kes ni dah ramai yang penah alaminya kan ? aku dah biasa sangat . dekat office berlambak . aku tanak cakap siapa , cukup lah sekadar aku tahu . 

Cuma orang macam ni kita jangan layan sangat . kalau layan sangat boleh buat kita tambah dosa . Tambah tambah lagi sikap macam ni boleh buat orang benci dekat kita .

kadang kadang jangan nak layan sangat dengan apa yang di ceritakan . Kau angguk , kau belah . buat muka malas tenuk . lagi bagus .

Biar lah dia nak cakap kau kerek badak sumbu ke apa kan . janji kau tak terjebak dengan kata kata dia . kadang kadang dia just nak pancing je lebih . dia nak tengok , kau nak sambung mengata orang ke tidak .

Biarlah keburukkan seseorang tu kau simpan dalam jiwa raga kau je . biar lah benda tu busuk macam mana pun , just simpan . Kalau nak cakap dekat umum pun buat apa ? untuk ? memburukkan orang ? hey kemon la . kita ni tidak sewangi syurga .

So kesimpulan dekat sini , biar lah orang cakap " eh kau ni . tak tahu perkembangan terkini langsung " . janji kau ta buat dosa . dosa mengumpat ni besar sangat . selagi kau tak minta ampun dekat dia , sampai mati pun kita tetap berdosa dengan dia . 

so tutup telinga  dan buat keje masing masing .


shhhhhh . jangan nak menyimbuk sangat . 

Cerita pendek yang usang . selamat malam !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...