Assalamualaikum. Agak lama aku tak ziarah blog ni . Sebab ta tahu nak merepek ape . Cite jiwang kang takut orang benci nak baca . haha ! Tak ada jiwang-jiwang . ini blog bukan tempat menjiwang ;D
Oh ye , lately ramai gila kan yang share pasal Amalina 17 A ? yang pakat dok share ramai-ramai tu pasal ape ? berapa ratus ribu keuntungan korang dapat ? Eh come on la . Agama kita tak ajar untuk share keburukkan orang lain .
Even niat korang just share and caption tulis " jangan jadi macam dia , belajar pandai tapi agama bla bla bla..... " yep , Memang niat korang baik . korang berpesan , tapi sedar atau tidak kita sedang mengaibkan seseorang . Seperti yang kita tahu , Kita memang suka cari kesalahan orang . Dan paling benci cari kesalahan diri . tepuk dada . Tanya iman . Kita sempurna ?
Layak ke kite nak nilai orang macam-macam ? bila kita share something tentang keburukkan orang lain , automatik kita dapat saham . Jaga mulut kita . Ingat , sebab mulut badan binasa .
Kita doa'n sahaja agar beliau mendapat hidayah . Beri lah nasihat dengan baik , bukan mencaci dan menghina . Islam tak mengajar kita untuk menasihati orang dengan menggunakan kata-kata kesat .
Bak kate dato dr haji Mohd Fadzilah kamsah , Orang yang sibuk betulkan dirinya tak ada masa nak cari kesalahan orang lain . Daripada kita mengata orang lebih baik kita mendoakan :)
Agama kita ni sebenarnya mengajar sesuatu yang sangat mudah dah simple untuk kita faham . Agama tak pernah rosakkan kita , tapi kita sendiri yang merosakkan Agama kita :) Beringatlah .
To Amalina , i hope anda tabah ! dan kami semua mendoakan , semoga allah memberi hidayah . Masih belum terlambat untuk berubah ke jalan yang lebih di redhai . Semoga lulus dalam peperiksaan Mei ini dan berbakti kepada Negara kelak . Amin :)
P/S : Wut goes around come around | So jangan cepat kongsi keburukkan orang lain .
4 comments:
brilliant!
sgt stuju nan kamo..^^
Agama kita ni sebenarnya mengajar sesuatu yang sangat mudah dah simple untuk kita faham . Agama tak pernah rosakkan kita , tapi kita sendiri yang merosakkan Agama kita :) Beringatlah .AGREED!
Harap amalina cool ja dgn manusia penyibok yg nak jadi ustaz ngan ustazah part time ni.
Post a Comment