Ini kisah Hitam Yang bertuankan seorang Gadis 22 tahun yang sangat Cuai .
Malam tadi aku lupa . Aku gagal . Aku sombong .
Sombong Nak check betul-betul apa bawah tayar kereta .
Bak kata mak aku , Sebelum nak reverse kereta . CHECK !
Walaupun ada seekor tikus , Kau patut Halau .
Tapi aku Sombong . Aku lupa .
Nyawa-nyawa ikan si hitam bila dia berada dalam dakapan aku .
Mulut dia terbuka . Mata memandang sayu .
Seakan dia nak bagitahu sesuatu .
Menitik satu persatu air mata aku ke badan Si hitam .
Badan hitam menggeletar .
Telinga Hitam sejuk .
Terduduk aku di depan gate .
Dengan Harapan Hitam mampu melompat ceria .
Sedikit demi sedikit nafas hitam berbunyik .
Aku pasti , nyawanya sedang di cabut .
Maaf kan kakak Hitam . Kakak sombong .
Kakak akur . Kakak leka .
Hitam lembik . Hitam tak berbunyik lagi .
Aku letak hitam di tepi .
Biarkan Ibu hitam menjilat tubuh anaknya untuk terakhir kali .
Aku janji , Pulang dari destinansi .
Akan aku gali tempatmu .
Dan kini , Hitam dah pergi .
Hitam dah tak ada lagi ..
Hakikat yang aku kena cari ,
Dia bukan milik aku lagi .
Bersyukur sebab Allah swt memberi pinjam hitam dan untuk di jaga . Dah tiba masanya Allah mengambil semula barang yang telah DIA pinjamkan . Aku lupa bahawa Hitam itu bukan Milik aku . Thanks . Walaupun sekejap , aku bahagia .
Walaupun hanya seekor kucing , tapi sayangnya aku dekat hitam sama seperti aku sayang keluarga aku . Dia sebahagian keluarga aku . Yer . Ingat lah , Kucing yang kita jaga , kita bagi makan .. dia lah yang akan bantu kita di akhirat sana . Jadi berbuat baik lah pada Haiwan , Tambahan pula Nabi muhammad sangat mencintai kucing dan kita harus menghormati kucing , walaupun korang mengedik " Buat-buat takut kucing "
#Loveyouhitammetallic