PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday, January 7, 2014

Kertas Kosong

Kepercayaan ...
Ibarat kertas kosong
Warna putih .
Bersih --
Tapi bila dironyok -- Di belai kembali ,
Kedutnya masih kelihatan .

Sakitnya tak ada siapa yg rase
Lukanya tak ada siapa nampak.

Bila 1 kepercayaan yg kita cuba Maafkan berulang kali -
Lebih sakit dan terluka bila berulang lagi .

Cuma mampu ,
Berdiam - Pendam andai mampu ,
Ikut rentak ,
selagi ada Tuju .

* Aku tulis dalam buku itu hari , Rase nak menaip pulak ;D


Tuesday, March 19, 2013

80% already done


Entah , 


80% Mood gua tenga happy
Maybe separuh kerja dah aku bakar

Setel .

Hari ni satu benda aku nak tanya
Pada umum ,

Pernah tak korang rasa bengang ,
Baca apa yang aku tulis 
Sekarang .

Now ..
Yes , aku tengah bosan .

 bye !

Thursday, January 10, 2013

Berhenti

Aku janji aku tidak akan menangis dan aku cuba . Dan aku janji , semalam adalah utk terakhir kali aku menangis .

Cuma satu , aku tidak akan berhenti berdoa , agar Allah swt Kuat'n semangat aku yang kian hilang . Jadi kan aku sebagai Hamba yang redha . 

Biar masa yang tentukan . Yang penting , solat istikhrah . Itu adalah segala jawapan yang mungkin terbaik . semoga kekuatan aku tidak akan mudah hilang . 

Apa yang berlaku adalah pengajaran dan pengalaman yang mungkin aku sedang belajar . 


Cuma satu , jangan cuba berjanji dengan manusia , tetapi berjanji dengan allah swt .

Monday, December 31, 2012

2013

Assalamualaikum !

Sebenarnya dari dulu aku ada azam , tapi sebab kan aku dah bosan dengan azam separuh jalan , aku berjanji aku tanak ada azam lagi . Aku buang azam , cuma aku gantikan dengan Harapan . Aku harap 2013 lebih baik dan lebih bermakna dari 2012 . 

Setiap tahun mesti nak kene ada azam . Kemon la . Kalau tak try baiki diri , tak try tingkatkan prestasi . Tak try nak berubah menjadi lebih baik .So azam korang yang 1 baldi tu boleh buang tepi . 

K babai 2012 . Boleh blah cepat sikit .

Wednesday, December 26, 2012

Hari Rabu Yang Suck

Pertama , Hari ini hari rabu . Yang begitu ketara suck nye . Kalau boleh aku nak share benda yang suck dekat office dekat Buletin Utama Tv3 atau Kiah propa boleh datang terus office aku buat liputan . Client tayah cakap lah , banyak dia macam chiken pop . 

Kedua yang suck nye . Gua hampir nak langgar anak orang . Yer anak orang . Fuhhh Berderau peluh kewanitaan . Terus aku turun kereta , aku tumbuk budak tu . Berdarah hidung . Pastu aku blah . Kalau aku langgar mak ayam ( Anak didik lorong chowkit ) ke apa ke , aku tak kesah sangat . Baik mati terus . 


P/S : Siapa baca part aku tumbuk anak orang tu , korang angguk percaya je la . blah dulu . 



Monday, December 24, 2012

CUBA

Malam ini , kaki tangan aku sejuk . Mengigil . Mungkin faktor ketulangan yang membiak aktif . Ah , selagi boleh tahan , kau gagah .

Terlalu berat memori yang aku bawa 2 hari lepas. Sampaikan buat kepala aku ingin pecah . Hampir goyang sekali lagi . Syukur . Tidak jadi rebah .

Seronok . Malam sabtu aku janji tanak tidur . sebab aku mahu lihat bulan. aku mahu dengar ombak . aku mahu dengar angin . semua benda aku mahu . Tamak .

Mungkin kali ini kurang ketawa , Tetapi aku cuba . Supaya aku dapat menyakinkan kawan-kawan yang aku sedang gembira . 

Saat aku cuba ketawa gah , air mata Cuba menakung . 

Ahhh aku tak boleh gelak lama-lama . Nanti air mata nak keluar * itu semua alasan .

Aku mahu korang tahu , aku cuba gembira . Cuba walaupun pedih .

Kadang-kadang aku berfikir , aku boleh mati dengan satu benda . Kecewa .

Tapi aku tidak mahu kecewa lebih mendahului Yang Maha mencipta . 

Aku masih kenal diri . Masih kenal Tuhan ( Allah SWT ) .


Saya jatuh cinta dengan sesuatu tempat , kalau ada rezeki mohon aku duduk di situ :)


Selamat malam .

Tuesday, December 18, 2012

Kadang

Kadang-kadang orang yang berkerja sebagai tukang sapu , kontraktor dan mana mana kerja yang mungkin orang bijak atau orang tinggi pandang sebagai orang " Tidak belajar pandai " Lebih bagus dari kau orang yang punya segulung ijazah .

Sorry to say , kau bodoh dalam bab menghormat dan memandang orang lain yang mungkin makan gaji kau . tapi kau perlu ingat orang orang ini yang bantu memajukan negara . Tak ada mereka , tak ada la kau yang bodoh . Mungkin di antara  mereka ibu bapa kau .

Kalau kau rasa syurga itu bukan milik kau , Hentikan kuasa sombong kau sebagai manusia yang lupa .


Tulisan ikut suka mati , 
Miza .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...