PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday, December 8, 2011

Terima kasih

Ini kisah Hitam Yang bertuankan seorang Gadis 22 tahun yang sangat Cuai .

Malam tadi aku lupa . Aku gagal . Aku sombong . 
Sombong Nak check betul-betul apa bawah tayar kereta .
Bak kata mak aku , Sebelum nak reverse kereta . CHECK !
Walaupun ada seekor tikus , Kau patut Halau .

Tapi aku Sombong . Aku lupa .
Nyawa-nyawa ikan si hitam bila dia berada dalam dakapan aku .
Mulut dia terbuka . Mata memandang sayu .
Seakan dia nak bagitahu sesuatu .

Menitik satu persatu air mata aku ke badan Si hitam .
Badan hitam menggeletar .
Telinga Hitam sejuk .
Terduduk aku di depan gate .
Dengan Harapan Hitam mampu melompat ceria .

Sedikit demi sedikit nafas hitam berbunyik .
Aku pasti , nyawanya sedang di cabut .
Maaf kan kakak Hitam . Kakak sombong .
Kakak akur . Kakak leka .

Hitam lembik . Hitam tak berbunyik lagi .
Aku letak hitam di tepi .
Biarkan Ibu hitam menjilat tubuh anaknya untuk terakhir kali .
Aku janji , Pulang dari destinansi .
Akan aku gali tempatmu .

Dan kini , Hitam dah pergi .
Hitam dah tak ada lagi ..
Hakikat yang aku kena cari , 
Dia bukan milik aku lagi .

Bersyukur sebab Allah swt memberi pinjam hitam dan untuk di jaga . Dah tiba masanya Allah mengambil semula barang yang telah DIA pinjamkan . Aku lupa bahawa Hitam itu bukan Milik aku . Thanks . Walaupun sekejap , aku bahagia . 

Walaupun hanya seekor kucing , tapi sayangnya aku dekat hitam sama seperti aku sayang keluarga aku . Dia sebahagian keluarga aku . Yer . Ingat lah , Kucing yang kita jaga , kita bagi makan .. dia lah yang akan bantu kita di akhirat sana . Jadi berbuat baik lah pada Haiwan , Tambahan pula Nabi muhammad sangat mencintai kucing dan kita harus menghormati kucing , walaupun korang mengedik " Buat-buat takut kucing "

#Loveyouhitammetallic

Wednesday, December 7, 2011

Tidak ku pinta

Ini kisah Mohd Fazli . Seorang abang gua yang sangat macho . Dia nafas gua ! Dia nadi gua ! 


Abang aku pun nk macho gak ape . Keh keh ( ignore je adik aku yg mcm galah tu )

Aku ada seorang abang kandung , yang pada awalnya normal . Lincah bergerak , lincah untuk bertatih . Tapi itu semua sementara . Pada usia yang muda allah telah menarik segala nikmat yang abang prolehi . Demam panas berpanjangan punca urat-urat abang tidak seperti dulu , maka terbaring la ia terlantar kesakitan .

Dari situ , Allah sedang menguji hati seorang ibu . Mak mana yang tak sedih bila dapat tahu anak die akan membesar dengan cara tidak normal ? cuba bagi tahu aku ? Mak memerlukan masa untuk menerima semua hakikat ni . Tambahan pula mak memang mengharapkan anak sulung memberi warna kehidupan dalam rumah , memandangkan arwah abaH seorang yang sangat busy . Al maklum la , mak tak di benarkan berkeja . Duduk rumah je goyang kaki . So sweet la abah nie .

Mak mengambil masa yang tidak lama untuk menerima hakikat ini , mak kembali bangun dan mak kembali menerima hakikat bahawa apa yang allah beri ini adalah satu rahmat . Mak terus menganggap bahawa abang adalah hadiah istimewa yang ta boleh di cari ganti . Yes . Abang adalah penyeri :)

Even abang lumpuh , mak ta pernah mengeluh . Dan aku ta pernah dengar mak mengeluh . Dan alhamdulillah , rezeki ta pernah putus sehingga sekarang . Itu yang di kata kan Tuah anak .

Dan aku ta pernah nak malu dengan kawan-kawan aku , even dia ta macam orang lain tapi die lah selalu buat aku tersenyum . Bila aku kena pukul dengan mak mase kecik-kecik, aku akan menyorok dekat abang , so kesimpulanya mak ta jadi nak pukul . Betapa bijaknya aku mempergunakan abang Waktu tu .

Tapi itu cerita zaman kecik . And now umur dia dah pun 27 tahun , dan 27 tahun juga la mak menjaga abang dengan begitu baik dan rapi . Dalam adik beradik , aku and abang la paling akrab . Even die ta normal tapi dia faham apa yang berlaku di sekelilingnya . Dia pandai marah , die juga pandai sedih . Paling best die pandai tengok bola . Setiap kali bola , aku dan dia memang ta dapat di pisahkan depan Tv . Aku cuba hiburkan hati dia dengan cara itu . Aku tahu die seronok :)

Jersi !! Bila nak beli jersi aku kena beli 2 . Ta boleh beli satu . Aku tahu nanti die jeles . hehehe ! Bila naik kereta , aku suka die duduk depan . Sebab die ta suka duduk dekat Belakang . At lis aku boleh tengok dia .

And bagi aku, Abang aku adalah hadiah yang perlu aku jaga dengan sebaik mungkin . Kerana dia adalah hadiah penting yang allah swt berikan untuk kami sebelum allah swt mengambilnya semula . Dia yang selalu buat aku tersenyum bila aku menangis . Pandang je muke die , ta jadi nak nangis . <--- CAIR bai !


#So kesimpulannye aku takan jatuh cinta dengan mana-mana laki kalau dia ta mampu cintai keluarga aku . ok bai ! lalalaalal ;D

Thursday, December 1, 2011

Cik syazwani

Tahniah ! Lagi sekali sahabat gua bertunang . Alhamdulillah . sebab kau laku lagi dari aku . AHAHA ! ta sangka dan ta sangka . Kau selalu aja ada masalah cinta dulu . Dan akhirnya kau dah menemui cinta sejati kau. so aku harap la kan , menikah la cepat-cepat ;D tahun depan ta lama dah . Tinggal bape hari je lagi .  kawan menangis dah banyak jadi bini orang nie . lepas ni aku kene menangis sorang-sorang ah nie ? HAHA ! Aku akan sentiasa mendoakan perjalanan seorang sahabat . Tapi harus ingat . Dugaan menjadi tunang orang ni banyak . Tetapkan hati kau . Kuat kan iman . Apa yang berlaku itu ujian . selamat beramal ! Tahniah wawa B o d o ( Nama manja) . aku bahagia bila kau bahagia :) 




Tuesday, November 29, 2011

Mata Dan Hati .


Nampak ni . aku tengah pandang dengan kejujuran nie . AHAHA !


Kadang-kadang orang cakap nak lihat seseorang itu jujur , lihat lah matanya . i mean jujur dari segi die bercerita . Kalau die cerita mata pandang tempat lain . atas bawah kiri kanan dat's mean ape yang di citer tu korang dengar je la eh . percaya jangan ;D keh keh keh . tapi apa apa pun hati ada la mata yang sebenar :) dia ta mampu menipu . Like orang yang cacat penglihatan . hati dia terang . dia mampu melintas jalan dengan baik . Bukan macam kita yang sempurna , lintas jalan pun boleh jatuh longkang . Ok fine la . lalala . out out ! 



Gambar hiasan from Faisal # ta jual mana-mana ok ini mata ! haha !

Saturday, November 19, 2011

Lidah dan Hati

Lidah mudah mengunkap walaupun ianya palsu . Tapi Hati , ta mungkin menipu . 

Hati lebih keras daripada Lidah , Tapi Hati mudah Jatuh sakit bila di sakiti Lidah yang lembut .

Lidah lebih panjang dari hati , Tapi Hati tidak dapat di belit oleh Lidah .




i like to see and write . i love to hear .

Wednesday, November 16, 2011

Menangis

Menangis kerana cinta serius ianya membuang masa . Menangis lah kerana Allah kerana dari mana kita datang dari situ la kita kembali . Dia pemilik Cinta kita yang sebenar :)


Sunday, November 13, 2011

Love #3

 Dis is we call capati teruntuti 

Dis is we call cucur udang . Loike .

 Since sekolah rendah . Love .

 Nak sangat kan jadi " Boy " . Dah macam azwan ali aku tengok .

 Makan tong gas ke ape ? Sehat2 la kawan aku nie . Ade yg dah kawen . Biase bro !
 Ahli Gusti

  Gua bengang . muka gua  tade yang sorang !
 Gila lens ape ?



* Bila kita tade boyfren kita masih punyai sahabat ( Like u all ) . Bila kita tade sahabat kita masih punyai Family . Bila kita tade family kita , kita masih ada allah swt :) Sebab tu apa yang allah beri kan kepada kita ni semua dah tertulis . Kita dah di takdirkan untuk jumpa semula :)  sayang korang macam tong gas .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...