PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday, December 7, 2011

Tidak ku pinta

Ini kisah Mohd Fazli . Seorang abang gua yang sangat macho . Dia nafas gua ! Dia nadi gua ! 


Abang aku pun nk macho gak ape . Keh keh ( ignore je adik aku yg mcm galah tu )

Aku ada seorang abang kandung , yang pada awalnya normal . Lincah bergerak , lincah untuk bertatih . Tapi itu semua sementara . Pada usia yang muda allah telah menarik segala nikmat yang abang prolehi . Demam panas berpanjangan punca urat-urat abang tidak seperti dulu , maka terbaring la ia terlantar kesakitan .

Dari situ , Allah sedang menguji hati seorang ibu . Mak mana yang tak sedih bila dapat tahu anak die akan membesar dengan cara tidak normal ? cuba bagi tahu aku ? Mak memerlukan masa untuk menerima semua hakikat ni . Tambahan pula mak memang mengharapkan anak sulung memberi warna kehidupan dalam rumah , memandangkan arwah abaH seorang yang sangat busy . Al maklum la , mak tak di benarkan berkeja . Duduk rumah je goyang kaki . So sweet la abah nie .

Mak mengambil masa yang tidak lama untuk menerima hakikat ini , mak kembali bangun dan mak kembali menerima hakikat bahawa apa yang allah beri ini adalah satu rahmat . Mak terus menganggap bahawa abang adalah hadiah istimewa yang ta boleh di cari ganti . Yes . Abang adalah penyeri :)

Even abang lumpuh , mak ta pernah mengeluh . Dan aku ta pernah dengar mak mengeluh . Dan alhamdulillah , rezeki ta pernah putus sehingga sekarang . Itu yang di kata kan Tuah anak .

Dan aku ta pernah nak malu dengan kawan-kawan aku , even dia ta macam orang lain tapi die lah selalu buat aku tersenyum . Bila aku kena pukul dengan mak mase kecik-kecik, aku akan menyorok dekat abang , so kesimpulanya mak ta jadi nak pukul . Betapa bijaknya aku mempergunakan abang Waktu tu .

Tapi itu cerita zaman kecik . And now umur dia dah pun 27 tahun , dan 27 tahun juga la mak menjaga abang dengan begitu baik dan rapi . Dalam adik beradik , aku and abang la paling akrab . Even die ta normal tapi dia faham apa yang berlaku di sekelilingnya . Dia pandai marah , die juga pandai sedih . Paling best die pandai tengok bola . Setiap kali bola , aku dan dia memang ta dapat di pisahkan depan Tv . Aku cuba hiburkan hati dia dengan cara itu . Aku tahu die seronok :)

Jersi !! Bila nak beli jersi aku kena beli 2 . Ta boleh beli satu . Aku tahu nanti die jeles . hehehe ! Bila naik kereta , aku suka die duduk depan . Sebab die ta suka duduk dekat Belakang . At lis aku boleh tengok dia .

And bagi aku, Abang aku adalah hadiah yang perlu aku jaga dengan sebaik mungkin . Kerana dia adalah hadiah penting yang allah swt berikan untuk kami sebelum allah swt mengambilnya semula . Dia yang selalu buat aku tersenyum bila aku menangis . Pandang je muke die , ta jadi nak nangis . <--- CAIR bai !


#So kesimpulannye aku takan jatuh cinta dengan mana-mana laki kalau dia ta mampu cintai keluarga aku . ok bai ! lalalaalal ;D

2 comments:

HAEKAL RMAF said...

alhamdulillah...may Allah bless u and your family...

Anonymous said...

happy slalu k ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...